Hal ehwal korporat FGV_Holdings_Berhad

Kewangan

Bagi tahun fiskal 2016, FGV dilaporkan telah meraih kenaikan keuntungan sebanyak 35 peratus bagi pendapatan suku kedua,[14] dan meraih pendapatan sebanyak RM1.33 juta pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2018.[15] Menurut laporan tahunan FGV 2017, ramalan harga purata minyak sawit mentah pada 2,400 ringgit meningkat kepada 2,600 ringgit setan pada 2018.[16]

Pentadbiran

FGV mengkaji dasar dan amalan tadbir urus korporat yang menyaksikan pengenalan kerangka dan struktur tadbir urus yang lebih cekap, dasar baru dan semakan semula dasar dan prosedur sedia ada Kumpulan untuk menyelaraskan cabang dan aktiviti FGV dengan lebih baik dalam tadbir urus korporat dan amalan perniagaan.[17]

Kepimpinan

Azhar Abdul Hamid merupakan pengerusi FGV terkini sejak 8 September 2017, menggantikan Isa Samad yang terbabit dengan kontroversi rasuah yang melanda syarikat itu.[18] Jawatan Pengerusi FGV dipegang oleh Zakaria Arshad pada 1 April 2016, menggantikan Mohd Emir Mavani Abdullah yang telah tamat kontrak. Zakaria melepaskan jawatan pada 18 September 2018.[19]

Pada 23 Januari 2019, Haris Fadzilah Hassan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.[20][21]

Rujukan

WikiPedia: FGV_Holdings_Berhad http://english.astroawani.com/business-news/felda-... http://www.bursamalaysia.com/market/listed-compani... http://ir.chartnexus.com/fgv/docs/quartely_report/... http://feldaglobal.com/about_milestone.php http://www.feldaglobal.com/our-company/about-fgv/ http://fgvholdings.com http://www.fgvholdings.com http://www.theedgemarkets.com/article/malaysias-fe... http://www2.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/01... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/artic...